Membina replika tugu 1 Malaysia adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjerumus kepada pemujaan al-Ansab sebagaimana yang ditegah dalam Surah al-Maidah, ayat 90:
Maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab ( menyembah berhala ) dan az-Azlam ( bertenung nasib ) adalah najis daripada amalan Syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya. "
Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i ( menutup pintu kemudaratan ) bagi memelihara kemurniaan akidah, ini sebagaimana larangan Baginda S.A.W. terhadap para sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. ( Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan katanya: " Hadis ini Hasan Sahih ". Ia juga dinilai Sahih oleh al-Haithami, Ahmad Syakir dan al-Albani ).
Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam.
No comments:
Post a Comment